Wednesday, October 18, 2017

belajar awal, sedia awal

Hari ni, hari terakhir bagi anak anak yang menduduki peperiksaan PT3.

Tahun ni, saya tak ada pelajar atau anak buah yang mengambil peperiksaan ini. Tapi, tahun depan, insha Allah ada.

Tahun ni, nampak gaya dah mula ada pelajar yang periksa tahun depan dah mula ambil kelas persediaan. Satu tindakan yang agak baik sebenarnya. Sebabnya, saya dan tutor yang ada sempat nak lihat di mana kelemahan dan kekuatan pelajar. bagi pelajar sendiri, bersedia setahun awal memberi masa untuk mereka memahami setiap topik dengan teliti.

Di My Resource Centre, setakat ini kelas yang sudah bermula ialah UPSR 2018 dan PT3 2018. Kelas peperiksaan lain seperti SPM dan MUET, insha Allah akan berjalan.


Monday, August 28, 2017

Menangani anak autisme





Mempunyai pelajar autisme, sebenarnya pengalaman yang baik untuk saya, sebagai seorang guru. Agak susah nak mengawal mereka, tambah lagi jika tiada ilmu berkenaan pendidikan khas.

Untuk anak autism, latihan /terapi berterusan menjadi keperluan untuk mereka. Artikel di atas, adalah salah satu yang saya boleh kongsi.
Semoga bermanfaat kepada guru-guru lain dan ibubapa

Saturday, July 22, 2017

IELTS dan MUET; apa bezanya?

Di Malaysia, ada dua jenis peperiksaan bahasa Inggeris yang popular. IELTS dan MUET

MUET ialah Malaysia University English Test.
MUET ni, satu jenis peperiksaan untuk kemasukan ke universiti, peringkat ijazah sarjana muda (degree). Calon MUET terdiri daripada pelajar STPM, STAM, Diploma, Sijil Matrikulasi dan Sijil Foundation Studies (pra universiti - universiti/kolej swasta).

Jika anda, calon MUET, yang ingin ke kelas persediaan MUET, anda akan bercampur dengan semua kategori calon lain juga. Jadi, agak susah sebenarnya nak letakkan mengikut kelas sptm, sijil atau diploma.

MUET dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia


IELTS pula International English Language Test System.
Peperiksaan IELTS terdiri daripada 2 jenis :
a)academic
b)general

IELTS (academic) diambil oleh calon ijazah sarjana muda/sarjana/doktor falsafah di universiti luar negara
IELTS (general) pula diambil oleh calon yang ingin meningkatkan kemahiran bahasa dan bekerja.

IELTS dikelolakan oleh British Council


Dalam kedua dua jenis peperiksaan ini, pelajar akan diuji kemahiran
a)perbualan (speaking)
b)penulisan (writing)
c)membaca (reading) dan
d)mendengar (listening)

Secara asas, apa yang diuji dalam kedua dua jenis peperiksaan ini adalah sama. 4 jenis kertas peperiksaan pun sama. 

Bezanya, 
1- calon peperiksaan
2- hala tuju calon (belajar di dalam negara, belajar di luar negara atau bekerja)
3- pengelola peperiksaan
4- skim permarkahan dan pengendalian peperiksaan


Thursday, January 12, 2017

Kelas Membaca tahun 1 - 3

Umumnya, anak anak sekarang pergi ke tadika dan pra sekolah sebelum masuk Tahun 1. Sebab persaingan, bila anak-anak belum mahir membaca ketika umur 7 tahun, ibubapa sudah susah hati.


Sebenarnya, mahir membaca boleh diasah lagi ketika umur 7 - 9 tahun. Fasa umur ni, otak yang mengawal bahasa masih berkembang, Di My Resource Centre, ada program membaca untuk pelajar tahun 1 hingga 3. Program ini, hampir sama matlamat dengan kelas LINUS di sekolah. Mahu anak-anak cepat 'berlari' belajar dengan kawan-kawan di sekolah.

Program ni, dijalankan di cawangan Tok Jiring.

Bagi ibubapa  yang berminat menghantar anak-anak mengikuti kelas membaca ini, boleh hubungi pengurus di 011-1884 2204, 011-2091 1019 atau 012- 689 9281



Thursday, October 6, 2016

Pra pendaftaran Kelas ulangkaji (cuti sekolah)

My Resource Centre sudah mula membuka pendaftaran untuk kelas ulang kaji sesi Disember 2016.

Tujuan kelas ulangkaji ini, untuk membantu pelajar pelajar yang menghadapi peperiksaan sesi 2017 mengulangkaji silibus tahun ini.

Sasaran pelajar adalah pelajar tahun 5 (2016) , tingkatan 2 (2016) dan pelajar MUET 2017. Subjek yang ditawarkan ialah bahasa Inggeris, matematik, sains dan Bahasa Melayu.

Bagi pelajar yang bakal mengambil SPM, tawaran kelas ulangkaji bergantung kepada permintaan.

Bagi ibubapa dan pelajar yang berminat, boleh hubungi kami untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.



My Resource Centre
1883B jalan Kelantan Durian Burung
20050 Kuala Terengganu
TEL: 0126899281

Friday, August 26, 2016

Anak cepat belajar?


Dalam sekumpulan kanak-kanak, ada yang cepat belajar. Kadang kadang terlebih laju dari kebiasaan.
Cabaran anak-anak yang terlalu laju menerima ilmu ni, ialah tekanan dari kawan-kawan dan orang dewasa.