Friday, July 22, 2016

Home tuition di Kuala Terengganu

My Resource Centre sudah menjalankan Home Tuition sejak 2013. Dikira baru pada masa itu di Kuala Terengganu.

Home tuition ni apa?
Home tuition adalah perkhidmatan guru tuisyen (tutor) pergi ke rumah pelajar untuk sesi pembelajaran.

Ke rumah pelajar saja ke?
Boleh saja nak belajar di tempat lain, atas permintaan pelajar. Contohnya perpustakaan, sekolah (kantin/kelas).

Yurannya macam mana?
Yuran home tuition atas kiraan jam. contohnya, pelajar mahu kelas matematik setiap hari Rabu pukul 8 malam - 9 malam. Dalam sebulan, ada 4 kali kelas (setiap Rabu) x sejam (pukul 8 - 9).


Yuran tetap ke?
Kadar Yuran berdasarkan jarak rumah tutor ke rumah pelajar dan berapa lama satu sesi kelas berjalan.

Subjek apa yang ditawarkan untuk Home Tuition?
Subjek sekolah rendah: matematik, sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Subjek sekolah menengah: matematik, sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Perdagangan, Matematik Tambahan, Subjek aliran sains 

Tuesday, July 19, 2016

Kelas English Umum di Kuala Terengganu

Antara kelas yang ditawarkan di My Resource Centre ialah Kelas English Umum.

Kenapa Kelas English ditawarkan?
Sebab ramai orang sebenarnya
a) nak baiki kemahiran bahasa tapi tak tahu tempat nak belajar.
b) perlu baiki kemahiran bahasa untuk kerja


Tapi, kenapa nama kelas ni Kelas English Umum?
Kerana kelas ni untuk umum. dari umur 16 hingga 60.
Nama lain kelas ni, English Lifelong Learning.
Terbuka kepada semua, tiada syarat masuk.


Ini tuisyen ke?
Kelas ni bukan tuisyen. Kelas ni lebih kepada kelas perbincangan dan kemahiran bahasa.
Lagipun, kelas ini tak terikat kepada peperiksaan. Pelajar bebas untuk mengambil mana mana peperiksaan bahasa Inggeris.


Ada sijil tak?
Sijil kedatangan diberikan kepada pelajar mengikut permintaan.

Laku ke sijil ni?
Sijil kedatangan cuma mengesahkan anda hadir sebagai pelajar, Untuk menguji kemahiran bahasa anda, sebaiknya ambil peperiksaan yang diiktiraf. Contohnya MUET, IELTS, TOEFT, BULATS dan peperiksaan lain.


Nak maklumat lanjut?
Klik SINI.

Thursday, July 7, 2016

Kursus dan kelas yang ditawarkan

Kursus dan kelas yang ditawarkan di My Resource Centre  terbahagi kepada dua iaitu untuk peperiksaan dan untuk umum.

Untuk peperiksaan, kelas ditawarkan untuk pelajar tahun 4 - tingkatan 5, MUET dan IELTS
Untuk bukan peperiksaan, kursus ditawarkan ialah kelas Bahasa Inggeris. Kursus ini tiada had umur dan membantu orang awam berbahasa Inggeris.


Buku- buku yang di bawah ni, antara yang digunakan di dalam kelas.




Tuesday, July 5, 2016

Pengenalan

Salam Sejahtera.....

Ramai yang tanya, kenapa pusat belajar ni nama dia My Resource Centre?

Sengaja dinamakan macam tu. Biar tempat belajar ni, jadi pusat rujukan (resource centre). Bukan setakat belajar lepas tu, habis...
Bila pusat rujukan, pelajar boleh berkongsi dengan tutor, masalah personal dan masalah pelajaran, boleh pinjam bahan bacaan dan rujukan lain.

Lokasi kami? di Durian Burung, Kuala Terengganu.