Friday, July 22, 2016

Home tuition di Kuala Terengganu

My Resource Centre sudah menjalankan Home Tuition sejak 2013. Dikira baru pada masa itu di Kuala Terengganu.

Home tuition ni apa?
Home tuition adalah perkhidmatan guru tuisyen (tutor) pergi ke rumah pelajar untuk sesi pembelajaran.

Ke rumah pelajar saja ke?
Boleh saja nak belajar di tempat lain, atas permintaan pelajar. Contohnya perpustakaan, sekolah (kantin/kelas).

Yurannya macam mana?
Yuran home tuition atas kiraan jam. contohnya, pelajar mahu kelas matematik setiap hari Rabu pukul 8 malam - 9 malam. Dalam sebulan, ada 4 kali kelas (setiap Rabu) x sejam (pukul 8 - 9).


Yuran tetap ke?
Kadar Yuran berdasarkan jarak rumah tutor ke rumah pelajar dan berapa lama satu sesi kelas berjalan.

Subjek apa yang ditawarkan untuk Home Tuition?
Subjek sekolah rendah: matematik, sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Subjek sekolah menengah: matematik, sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Perdagangan, Matematik Tambahan, Subjek aliran sains 

No comments:

Post a Comment